Thursday, 29 December 2016

UNLIMITED SIRI 3 - Bayar Lebih Pakai Sedikit

saya cadangkan anda membaca UNLIMITED siri 1 dan siri 2

Saya kongsikan sedutan laporan suku ke tiga 2016 Maxis.


Average Revenue Per User ringkasnya ARPU juga bermakna purata pelanggan membayar sebulan.
Perhatikan angka-angka ini bagi suku ke 3 tahun 2016:
 1. ARPU  Maxis adalah:
      1.1 Prepaid RM41.
      1.2 Postpaid RM100.
 2. Purata penggunaan DATA sebulan pelanggan-pelangan Maxis adalah :
      2.1  Prepaid 2.60 GB
      2.2  Postpaid 3.67 GB

BAHASA MUDAHNYA
1. Pengguna2 prepaid membayar RM41 sebulan dan hanya menggunakan 2.60GB sebulan.
2. Pengguna2 postpaid membayar RM100 sebulan dan hanya menggunakan 3.67GB sebulan. Biarpun offer semasa bagi Maxis dengan berbelanja sekitar RM100 ada boleh dapat 10GB+10GB*. Namun ternyata 20GB ini tidak digunakan.

DI TONE EXCEL
 1. Jika anda membayar RM40 sebulan anda boleh bawa pulang:
    1.1 Maksimum Data.
          1.5GB(valid 15 hari). Hari ke 16 subscribe 1GB(valid 30 hari lagi).
          Baki RM4 jika subscribe daily DATA boleh dapat lagi 106MB.
          Jadi total DATA 2.62GB(sepanjang lebih 45hari)
    1.2 Free call 500 minit on-net(15 hari). Ditambah 10minit free call on -net(hari ke 16sampai hari ke 26)
    1.3 Rebet RM0.90 .
    1.4 Big points 90 boleh redeem tiket AirAsia dll.
    1.5 Peluang Business yang lumayan

 2. Jika anda membayar RM100 sebulan anda boleh bawa pulang(ambil contoh topup 2X  RM50):
     2.1 Maksimum Data(7 GB Valid 30hari)
           2.1.1 Data 4GB(valid 30hari)
           2.1.2 Kredit RM100 valid 100 hari boleh subscribe 3GB Data(valid 30hari)
                   dengan tolok kredit RM99
     2.2 Free on net call 1000minit valid 30 hari
     2.3 Rebet RM3.00
     2.4 PA etiqa takaful RM50,000.00
     2.5 Big Points 280 boleh redeem tiket AirAsia dll.
     2.6 Jika anda perkenalkan kpd 2 saudara mara anda akan capai tahap pakai HP percuma.
     2.7 Peluang Business ke tahap multijutawan..Komisyen sehingga 26%

roslanabdhamid.blogspot.com


Saturday, 24 December 2016

UNLIMITED SIRI 2 - Celoteh RM30K Melayang

Digalakkan membaca UNLIMITED SIRI 1 dahulu

Celoteh Unlimited

Kawan(K) : Wow unlimited call and 20GB hanya RM80 sebulan. Jom join. Hang nak tak?

Saya(S) : Sebulan berapa jam hang main internet kat luar rumah?

K : Sehari adalah dua jam. Tapi 80% kat rumah

S : Kat rumah hang pakai wifi kan?

K : Bukan saja wifi kat rumah. Kat kedai pun kadang ada wifi. TM wifi pun dah banyak.

S :  Tak pe lah. Kira 20 minit sehari hang main internet kat luar. Ada ke hang tengok movie kat luar pakai hp?

K : Movie mana sempat layan kat luar. Kat rumah adalah. Kat luar ni takat layan whatapps, telegram, fb dan call sekali2 itupun banyak pakai VOIP.(voice over internet protocol).

S : Habis tu takat 20 minit layan benda alah tu, 20GB hang nak nak buat apa?

K : Maksud Hang?

S : Sebenarnya majority rakyat Malaysia macam hang. Kita hanya perlukan sekitar 2 hingga 3GB saja Data dari Mobile Phone sebulan. Selebihnya kita sedut dari wifi yg unlimited. Ini analisa aku. Kalau sempat hang bacalah nooo.  http://rah2u.blogspot.my/2016/09/data-internet-di-mobile-phone.html?m=1

Esoknya.

K : Betulah hang cakap. Buat apa kita bayar benda yg kita tak pakai.

S : Setahun hang bayar lebih RM1K tu. Hang muda lagi. Kalau 30 tahun maknanya hang membazir lebih RM30K. Hang tahu cara dapat balik duit tu?

K : Boleh ka?

S : Ni aku nak bagi hang idea macamana pakai hand phone, hang boleh buat duit

roslanabdhamid.blogspot.com

Saturday, 26 November 2016

TESTIMONI TONE EXCEL

Business sampingan Tone Excel yang bermodal rendah(RM100) dan berisiko amat rendah memang terbukti amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Tak kira miskin kaya, tak kira tahap pendidikan, warga negara atau pendatang, tak peduli pangkat mudahnya siapa sahaja.
Di dalam siri ini saya cuba kongsikan sebanyak mungkin pelanggan-pelanggan Tone Excel yang telah berjaya mencapai pendapatan bulanan yang lumayan.

SATU- Mazelan Abas

Di bawah ini adalah rekod pendapatan beliau pada tahun-tahun  awal pengelibatannya di dalam Tone Excel.









Yang terkini adalah seperti di bawah.


https://www.youtube.com/watch?v=uO7E-LNVRqg



DUA - Muhammad Naim



Beliau mula menggunakan sim kad Tone Excel semasa di tahun akhir UIAM iaitu Feb2014. Hanya memperuntukan setengah jam sehari untuk berkongsi kebaikan Tone Excel kepada rakan-rakan pelajar. Mencapai income seorang doctor perubatan pada bulan ke 3 penglibatan.Semasa tamat pengajian income beliau mencapai RM32,876.93(kalah prof beliau)sebulan. Selepas setahun income beliau mencapai RM55,327,60 sebulan. Dec 2015 income anakanda Naim mencapai RM115K sebulan. Ianya terus meningkat.

Di bawah ini adalah pendapatan semasa beliau



https://www.youtube.com/watch?v=xEK7iC3tlRs

https://www.youtube.com/watch?v=9Y8cjo4ZTjo





TIGA - Dato' Jahlilawati






EMPAT - HAMKA MARSALING



https://www.youtube.com/watch?v=gnDt6wXBYUk


LIMA - Rosanne Goh. 



https://www.youtube.com/watch?v=vlrK8Wtigos

ENAM - Sulaiman Ismail



https://www.youtube.com/watch?v=cUe-QmZiWYU


TUJUH - RAZIF YUSOF




Berasal dari Pulau Pinang. Dia merupakan pakar bisnes melalui internet. Tidak bekerja, hanya online merupakan sumber pekerjaan tetap beliau. Dengan pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan daripada ToneExcel, facebook merupakan salah satu media wajib untuk mengembangkan perniagaan beliau. Sehingga hari ini, promosi melalui Facebook merupakan senjata utama yang dimilikinya.


LAPAN - SHUKERI MOHAMED



Beliau menjalankan bisnes ToneExcel bermula 2010 sehingga 2011 sahaja, dia selepas itu beliau diserang sakit buah pinggang. Sekarang hanya mampu berkerusi roda. Selepas 2011 dia langsung tidak mampu menjalankan apa2 bisnes lagi. Tiada pencen, tiada insuran yang mahu menanggung kehidupan beliau. Syukur, didalam Tone Excel ini ada pasif income. Selama 4 tahun, setiap bulan, sehingga kehari ini, beliau masih menerima komisyen dari Tone Excel dalam lingkungan RM4,000 sebulan. Kata beliau yang saya ingat sehingga kehari ini " Kalau saya mati hari ini pun saya dah tak kesah, saya tahu pencen dari Tone Excel tetap boleh diwarisi oleh keluarga saya, walau pun saya dah tiada lagi".


SEMBILAN - Zulkifly Hasidin.




Menjalankan bisnes ToneExcel 4 tahun yang lalu. Pada awal tahun 2015 ujian Tuhan menduga beliau dengan penyakit stroke, dan hanya mampu berkerusi roda sahaja ketika ini. Tidak mempu bekerja lagi dimana beliau merupakan bekas pengurus pusat jualan kenderaan. Sempat beberapa tahun mempromosikan bisnes ini. Bila sakit menyerang, maka beliau tidak dapat bekerja, maka gaji pun hilang, pencen sudah tentu tiada, tetapi beliau bersyukur nikmat Tuhan yang tidak disangka-sangka, Tone Excel tidak pernah melupakan beliau, tidak pernah lupa membayar komisyen yang menghampiri RM20,000 sebulan sehingga kehari ini. Semua bermula 4 tahun lalu beliau meyediakan payung sebelum hujan. Menjalankan bisnes ToneExcel ketika masih sihat, dan ini merupakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

https://www.youtube.com/watch?v=-PpZy4QDJrA


SEPULUH - MOHD IKRAM B CHE NOH



https://www.youtube.com/watch?v=I9QpYSDH_5Y

Cikgu Mohd Ikram B Che Noh , pendapatan terkini RM110K sebulan.

SEBELAS - BOB




DUA BELAS - ACAP




TIGA BELAS - HAFIDZ



EMPAT BELAS - HAZIQ



LIMA BELAS - MUS



ENAM BELAS - SAZREN




Sebenarnya letih juga untuk saya senaraikan nama-nama yang telah berjaya mendapat pendapatan 5 angka ke atas. Ramai lagi sebenarnya yang berpendapatan bulanan menghampiri RM100K sebulan, seperti Mejar(B) Palil dan Mejar(B)Riad serta mereka yang seumpamanya. 
Untuk berkongsikan kelainan berikut saya kongsikan pelajar-pelajar dan bekas pelajar yang masih muda belia tetapi telah berpendapatan tetap 4 hingga 5 angka sebulan hasil dari pendapatan pasif tone Excel.

17 TO 19 - PADLI,SYAMIM DAN HAZRIN



20 TO 21 - APAK,KAMAL,AKIM



22 TO 24 - AMRI,QASEHL,FENDI




25 TO 27 - AZMEER,AMJAD,FARID





28 TO 29 - FARIEDAH,PAYAN,MULTAZIAMAH



30 TO 32 - SALWA.IRWAN,ARAI


34 TO 36 - FITRI,IZZAT,BELLA


37 TO 39 - REZZA,FARIZE,AZMIRA




40 TO 42 AKMAL,AMIRUL,AZUAN



43 TO 45 EPUL,HISHAM,IZZAT




46 TO 48 HISYAM,SANUSI,WANI





TESTIMONI PELAJAR BELASAN TAHUN

1.       ADIK  SYED FADZIL

Tuan Ishak Din memperkenalkan Tone Excel kpd Sifu Mazelan Abas dan Datuk Kak Jah. Kedua duanya menjadi multi jutawan Tone Excel. Beliau juga memperkenalkan Tone Excel  kepada Adik Syed Fadhil. Pelajar yg sedang menghafal al quran. Pelajàr tahfiz ini di usianya 19 tahun telah menikmati pendapatan bulanan sekitar RM5K sebulan. Passive income ini yg dinamakan sebagai pencen. Tapi income TE ini berbeza dengan pencen kerana jumlahnya pada kebiasaan sentiasa meningkat dari bulan ke bulan.


Ini diantara bukti apa yg saya tulis dulu. Pencen sebelum berkerja. 


  

2.       ADIK DANISH

Seawal usia13 tahun, income dah macam upah engineer TM di tahun ke 2 kerja. Atau gaji mula kerja abam doktor. https://www.youtube.com/watch?v=k3VrVmXyeyw










Saturday, 12 November 2016

UNLIMITED SIRI 1 - Unlimited Income Melalui MODAL Serendah RM100

Unlimited DATA VS Unlimited Voice Call VS Unlimited Income

Memang di dunia ini infiniti itu hanyalah ‘khayalan’ ahli matematik. Jika ada computer yang terpantas di dunia dan ditugaskan untuk menghitung dari sifar sehingga infiniti nescaya bila sampai kiamat maka terhentilah hitungannya. Jadi memang tidak wujud unlimited sebenarnya. Hanya tuhan yang mampu memberikan unlimited.

Unlimited DATA
Benarkah wujud unlimited DATA?.Jika kita gunakan DATA melalui mobile phone tidak berhenti selama sebulan ,secara puratanya kita gunakan 4.53Mbps X 30hari X 24jam X 60 minit X 60 saat = 11,741,760Mb = 1,467.72GB Data . Tapi sebelum sampai angka itu, HP kitapun akan hanging!!!. Mengapa 4.53Mbps?. Figure ini adalah purata speed mobile phone di Malaysia berdasarkan laporan kajian mac 2016 yang dikeluarkan oleh Malaysianwireless.com. Rujuk screenshot di bawah.



Bedasarkan ARPU dan MOU/Sub 2015 sebenarnya 80% purata rakyat Malaysia hanya memerlukan 1 hingga 2GB DATA melalui mobile phone.(rujuk analisa saya  http://rah2u.blogspot.my/2016/09/data-internet-di-mobile-phone.html  )

Unlimited Voice Call
Seperti DATA sebenarnya tidak wujud unlimited Voice kerana dalam sebulan kita hanya ada 30hari X 24jam X 60 minit = 43,200 minit. Namun jika kita bercakap terus tanpa henti , tak perlu sebulan, separuh haripun kita boleh pengsan!!!. Secara puratanya 80% rakyat Malaysia pada 2015 menggunakan sekitar  149 minit sahaja voice call sebulan( MOU/Sub Q12016 bagi Celcom prepaid).

Unlimited Income
Seperti DATA dan VOICE, INCOME juga tidak akan capai tahap Unlimited. Namun untuk DATA dan Voice, kita dengan mudah boleh memberikan angka maksima. Tetapi untuk income kita agak sukar memberikan nilai maksimanya. Di dalam business sampingan Tone Excel , kita hanya boleh menamakan unlimited income tanpa dapat menentukan nilai maksimumnya. Pada Jul 2015 income maksima ahli Tone Excel adalah RM500K sebulan tapi 5 bulan kemudian ianya mencecah RM1juta sebulan.  Bahkan saya boleh namakan beberapa nama ahli Tone Excel yang pendapatan bulananya melebihi gaji Presiden Amerika. Unlimited DATA dan Unlimited Voice di TM hanya berharga tak lebih RM100. Namun kemungkinan mendapat Unlimited Income bagi pelanggan Telco hanya wujud di Tone Excel dengan modal yang amat rendah tak sampai RM100. Enam tahun di pasaran telah terbukti Tone Excel memang Prepaid That Pays. 
PM saya(0137739310) untuk peluang perniagaan ini.


http://rah2u.blogspot.my/2016/09/why-tone-siri-empat.html

Tuesday, 13 September 2016

WHY TONE EXCEL - SIRI EMPAT

Siri lepas saya kongsikan 10 sebab pengguna biasa join Tone Excel.Ulang semula PENGGUNA BIASA SAHAJA. Maknanya mereka pakai sahaja dan tak perkenalkan kepada ahli keluarga. Kali ini saya akan kongsikan pekara pekara yang lebih menarik.Apabila kita memperkenalkan faedah menggunakan simkad Tone Excel, ini bermakna kita berpeluang untuk mendapat pendapatan yang bersifat aktif, pasif dan residual(boleh diwarisi). Jarang ada bisnes jenis ini tambahan pula Tone Excel ini hanya business sampingan sajapun.(note : ramai yang bermula sebagai business sampingan dan berakhir dengan business utama kerana pasif incomenya amat besar)

BERPULUH FAEDAH yang anda dapat apabila memperkenalkan tone excel kepada suadara mara dan sahabat handai diantara :

11. Fast Track Bonus
    Sebaik sahaja seseorang menyertai Tone Excel asbab anda, maka anda akan menerima cash
    RM20. Jika sebulan anda berjaya mendapat 30 pelanggan(1 orang sehari),
    maka 30 X RM20 = RM600 akan dibank in ke akaun anda. Pendapat ini adalah bentuk aktif.


12. Komisyen TopUp
    Pada saya komisyen Topup inilah yang paling bermanafaat kepada pelanggan-pelangan Tone Excel. Sebagai ahli biasa(NM / Normal Member), setiap kali rangkain anda topup, anda boleh mendapat komisyen sehingga 26% dari nilai topup mereka. Mereka boleh topup melalui apa sahaja kaedah dan di mana-mana sahaja. Walaupun anda sedang tidor anda akan mendapat pendapatan pasif ini. Pendapatan pasif yang berulang-ulang ini pula boleh diwariskan. Ini yang saya panggil residual income.

Di bawah ini adalah contoh pengiraan. Anda memakai simkad Tone Excel kemudian memperkenalkan kepada keluarga anda sendiri. Saya suka memberi contoh Topup RM60 kerana dengan Topup RM60 anda dapat:
  - Call kemana-mana rangkaian 300minit(30 hari)
  - DATA 2.5GB(30hari)
  - Perlindungan Takaful PA RM50K
  - Bigpoints 120
  - Komisyen Topup maksima sehingga 26% dan banyak lagi.


Perhatikan walaupun hanya seorang sahaja disetiap level, anda akan dapat komisyen SETIAP bulan RM17.40, Isteri = RM9.60, Anak 1 = RM7.80, Anak2 = RM1.80.  Atau RM36.60 dipulangkan semula ke keluarga anda SETIAP bulan.

Cara Pakai HP Free
Amat mudah untuk memakai HP secara percuma di Tone Excel. Di bawah ini pula bagaimana dengan hanya memperkenalkan 2 orang di level 1 anda, dan setiap orang memperkenalkan kepada 2 orang yang lain, setiap orang berpeluang memakai HP secara percuma.


Perhatikan dengan 2 orang sahaja anda dan keluarga anda boleh menerima komisyen bulanan sebanyak RM83.40 setiap orang. 10 tahun setiap ahli keluarga anda akan mendapat RM10,008.00. Suatu angka permulaan untuk menunaikan fardu haji.Bigpoints pun selepas 10 tahun dah mencapai 120X12X10 = 14,400. Namakan sahaja tempat melancong yang airasia sampai, anda sekeluarga memang mampu melancong percuma. Bestkan. Rata rata semua orang mampu memperkenalkan kepada 2 orang di sepanjang hanyat mereka.

Pilih Gaji Bulanan Anda(Pencen)
Jika duplikasi 2 orang anda sekeluarga mampu pergi haji. Bagaimana pula kalau 3,4,5 dan seterusnya?. Di bawah ini saya kongsikan potensi pendapatan anda dengan angka duplikasi mulai 5 orang level 1.

Perhatikan sekiranya anda berjaya membuat duplikasi 10 orang. Anda pencen dengan RM8K sebulan.

Apabila duplikasi 15 orang, gaji bulanan anda telah menjangkau lima angka RM26K sebulan.


Di dunia ini PM Singapura menerima pendapatan tahunan tertinggi US1.7juta(RM585Ksebulan) yang kedua adalah Presiden US = USD402,062 setahun(RM139K sebulan). Rekod pendapatan tertinggi Tone Excel adalah  RM1JUTA sebulan milik sifu Mazelan Abas. Manakala pendapatan anak muda(26tahun) tertinggi adalah Muhamad Naim iaitu RM150K sebulan .


Perhatikan di Tone Excel ini seolah-olah anda di beri cek bulanan yang telah di tandatangai. Isikan sahaja angka itu mengikut kadar usaha anda.Inshallah.




Banyak lagi faedah menyertai Tone Excel. Bersambung inshaAllah.



Thursday, 8 September 2016

DATA INTERNET DI MOBILE PHONE

Sekarang adalah era DATA internet. SMS semakin dilupakan dan VOICE tidak semeriah dahulu. Ramai yang tidak melihat call rate, sebaliknya tertarik dengan rate DATA yang termurah. Keperluan DATA masa kini bagi seorang pengguna adalah melebihi 100GB sebulan. Keperluan ini dipenuhi melalui sektor fixed line iaitu streamyx dan Unifi kerana DATA adalah unlimited bagi kedua duanya.

Jika berdasarkan kepada ARPU=RM30 dan MOU/SUB=141 minit sektor mobile prepaid saya membuat pengiraan bahawa hanya sekitar 1 hingga 2GB adalah memadai bagi majoriti pengguna mobile prepaid di Malaysia. Tone Excel menawarkan 1GB dan MOU/SUB=137minit pada harga APRU. Suatu yang cukup menjimatkan berbanding pesaing-pesaing terdekatnya.

Saya suka berkongsi beberapa pekara asas pengiraan DATA dan speed bagi mobile phone.
Umun selalu terkeliru diantara byte dengan bit.

Bytes vs Bits.
A bit is a single numeric value, either '1' or '0', that encodes a single unit of digital
information. A byte is a sequence of bits; usually eight bits equal one byte.

1 Byte = 8 Bits
Simbol  B= Byte  ,  b= Bits







Bisakan Yang Betul

Kelajuan muat turun(Download) 10Mbps (Megabit-per-second) adalah:

10 Mbps [Megabit-per-second]
=10000 Kbps [Kilobit-per-second]
=1.25 MB/sec [Megabyte-per-second] {10000Kb/8 = 1.25MB}
=1250 KB/sec [Kilobyte-per-second]

Bergantung kepada perisian yang anda guna, sebagai contoh Internet Download Manager yang menggunakan Megabyte-per-second sebagai unit kelajuan, maka kelajuan 'sebenar' bagi 10Mbps adalah secara purata maksimanya = 1.25 MB/sec.

NOTA:
1.Tone Excel apabila kita topup RM30 ,akan dapat free 1 GB data.  G=Giga , B=Bytes. Ditulis dengan huruf besar. Kalau tulis 1Gb itu makanya 1 Giga Bits so dah kira tak betul.
2.Apabila kita tulis tentang speed kena bezakan B dengan b


Berikut ini saya kongsikan apa yang anda dapat dengan 1GB sebulan.

Penggunaan data (jumlah yang boleh dimuat turun dengan jumlah DATA 1GB):

1. Muat turun halaman web: purata 100KB ( 10000 muka surat)
2. emel anda : purata 100KB setiap e-mel( 1,000,000 basic, 2000 jika bersama lampiran)
3. Mesej Segera: 100KB setiap sessi Instant Messenger(1000 mesej )
4. Muat turun dokumen: 100KB setiap halaman ( 10000 muka surat)
5. Muat turun lagu: 5MB setiap trek muzik ( 200 lagu )
6. Muat turun foto: 2MB per foto (500 foto)
7. Tonton video: 1Mbps  video menonton. ( 2 jam menonton )
Sebuah wayang gambar 1.5 jam yang berkualiti sederhana bersaiz 900MB.
    Namun yang berkualiti tinggi ia boleh mencapai saiz 3GB.

APABILA melihat kepada pekara di atas kita akan faham mengapa kebanyakan pelanggan yang BERTUKAR MEMAKAI sim kad TONE EXCEL akan menikmati penjimatan yang ketara berbanding memakai telco lama.


Jadual di bawah pula adalah hubungkait antara kelajuan dengan tempoh download.





Gambar di bawah adalah speed test yang saya buat ke atas HP sendiri. Test dari rumah saya  menggunakan Sim kad Tone excel. Speed Download=11.77Mbps(1.5MBps) , Upload = 6.86 Mbps.



Manafaat(masa diambil untuk download) dari kelajuan ini:
      1. Membuka satu muka laman web yang bersaiz 2MB=  1.3 saat.
      2. Download sebuah lagu bersaiz 5MB =3.3 saat
      3. Sebuah wayang biasa bersaiz 900MB= 10minit
      4. Sebuah wayang HD bersaiz 3GB = 33minit

NOTA :
Sebuah wayang gambar 1.5 jam yang berkualiti sederhana bersaiz 900MB.
Namun yang berkualiti tinggi ia boleh mencapai saiz 3GB.

Adalah dinasihatkan supaya tidak menonton wayang menggunakan data dari HP anda. Lakukannya semasa ada menggunakan wifi kerana DATA adalah unlimited bagi streamyx dan unifi. 

Saturday, 3 September 2016

Mengapa MNO Perlukan MVNO?

Pada suku pertama 2015 MCMC melaporkan, jumlah pengguna mobile phone adalah sepeti berikut:

  Maxis      ~ 13.26 juta atau 29.9%
  Celcom    ~ 12.38 juta atau 27.6%
  Digi         ~ 11.69 juta atau 26.3%
  Lain2       ~  7.19 juta  atau 16.2%

 TOTAL     ~ 44.42 juta



Adalah jelas tiga pemain utama MNO masing-masing memiliki pelanggan tak sampai 30% dari keseluruhan 44.42 juta keseluruhan pelanggan mobile phone di Malaysia. Adalah suatu yang kita jangka bahawa setiap Mobile Network Operator(MNO) utama akan menyediakan infrastruktur bagi memenuhi market atau keperluan negara. Ini bermakna network yang direkabentuk dan dilaksanakan mampu menampung sekitar 40juta permintaan. Jika kita ambil contoh MNO C dengan pelanggan sekitar 13juta , bermakna mereka punya lebihan kapasiti sekitar 27juta(2/3 masih lagi kosong). Walaupun mereka membuat keuntungan berbillion RM namun kapasiti yang kosong bukan sahaja tidak mendatangkan pulangan bahkan menambah kos operasi. Mereka perlu membayar sewaan core network kepada TM , sewaan infra yang lain termasuk kos elektrik. Masing masing MNO tentunya ingin menjadi juara pelanggan teramai dan keuntungan yang tertinggi. Sang Juara bererti juara kepercayaan pelanggan dan pilihan utama pelabur, tentunya saham BSKL akan mencanak naik.

Bagi memudahkan pemahaman, saya umpamakan setiap MNO seperti syarikat keretapi. Katakan satu trip keretapi mampu membawa 600 penumpang. Rata2 capacity utilization MNO utama adalah 30%. Jadi syarikat induk keretapi hanya mampu menjual 180 kerusi sahaja walaupun marketing ditahap maksima telah dicuba. 420 kerusi masih lagi kosong. Cuba fikirkan apa yang anda buat jika anda pemilik syarikat keretapi berkenaan. Tentunya kita akan outsource kepada pihak ketiga untuk memenuhkan kerusi yang berbaki. Jika harga tiket RM100 setiap kerusi adakah pihak ketiga akan menjualkannya dengan harga lebih murah?. Tentunya tidak. Jika terlalu murah sudah tentu 180 pelanggan juga akan lari ke pihak ketiga.

Di dalam dunia mobile telco( atau orang panggil celco {cellular company}) pihak ketiga itu adalah MVNO(Mobile Virtual Network Operator). Ada MVNO yang milik MNO tetapi mojoriti adalah pihak ketiga yang membeli 'airtime' secara pukal dari MNO. Contohnya Tune Talk adalah MVNO 35% milik Celcom dan 25% milik Tune Group. Manakala XOX adalah MVNO pihak ketiga yang 'membeli air time" secara wholesale dari Celcom. Bagi menarik pelanggan, setiap MVNO punya strategi pemasaran masing-masing. Jadual di bawah yang dikeluarkan oleh MCMC dapat membantu kita untuk memahami hal ini.


 
Tune Talk ditubuhkan pada 2007 diantara tujuannya adalah meningkatkan revenue Celcom dengan  target pelanggan ‘youths,travelers and foreign workers'. Sebab itu sesiapa yang membeli 'kerusi keretapi' melalui Tune Talk akan mendapat pelindungan insuran kemalangan,diskaun hotel,big points dan sedikit penjimatan. dari segi marketing tidak banyak beza antara celcom dan tune talk. Kedua dua menggunakan keadah marketing konvesional( punya marketing arm sendiri, broadcasting , suratkhabar, billboard ,social media dsb.nya).Mulai 2010 Tune Talk berkerjasama dengan Tone Excel melalukan inovasi yang pertama di Malaysia. Inovasi ini telah melahirkan referral program atau program rujukan. Melalui program ini pelanggan pelanggan yang menyertai Tune Talk Tone Excel atau ringkasnya Tone Excel, diberikan apa yang diberi oleh plan asal tune talk ditambah dengan komisyen serta banyak faedah yang lain sebagai ganjaran marketing yang dibuat oleh pelanggan.Mudahnya pelangganlah yang memasarkan tiket keretapi kepada pelanggan pelanggan yang lain, mereka kemudiannya dibayar. Dari sinilah datangnya prepaid that pays.Sim kad parabayar yang membayar penggunanya.

Anda juga boleh merujuk tulisan saya di bawah bagi memudahkan pemahaman ini.

http://rah2u.blogspot.my/2016/04/prepaid-that-pays-persoalan-lazim-yg.html