Saturday, 3 September 2016

Mengapa MNO Perlukan MVNO?

Pada suku pertama 2015 MCMC melaporkan, jumlah pengguna mobile phone adalah sepeti berikut:

  Maxis      ~ 13.26 juta atau 29.9%
  Celcom    ~ 12.38 juta atau 27.6%
  Digi         ~ 11.69 juta atau 26.3%
  Lain2       ~  7.19 juta  atau 16.2%

 TOTAL     ~ 44.42 juta



Adalah jelas tiga pemain utama MNO masing-masing memiliki pelanggan tak sampai 30% dari keseluruhan 44.42 juta keseluruhan pelanggan mobile phone di Malaysia. Adalah suatu yang kita jangka bahawa setiap Mobile Network Operator(MNO) utama akan menyediakan infrastruktur bagi memenuhi market atau keperluan negara. Ini bermakna network yang direkabentuk dan dilaksanakan mampu menampung sekitar 40juta permintaan. Jika kita ambil contoh MNO C dengan pelanggan sekitar 13juta , bermakna mereka punya lebihan kapasiti sekitar 27juta(2/3 masih lagi kosong). Walaupun mereka membuat keuntungan berbillion RM namun kapasiti yang kosong bukan sahaja tidak mendatangkan pulangan bahkan menambah kos operasi. Mereka perlu membayar sewaan core network kepada TM , sewaan infra yang lain termasuk kos elektrik. Masing masing MNO tentunya ingin menjadi juara pelanggan teramai dan keuntungan yang tertinggi. Sang Juara bererti juara kepercayaan pelanggan dan pilihan utama pelabur, tentunya saham BSKL akan mencanak naik.

Bagi memudahkan pemahaman, saya umpamakan setiap MNO seperti syarikat keretapi. Katakan satu trip keretapi mampu membawa 600 penumpang. Rata2 capacity utilization MNO utama adalah 30%. Jadi syarikat induk keretapi hanya mampu menjual 180 kerusi sahaja walaupun marketing ditahap maksima telah dicuba. 420 kerusi masih lagi kosong. Cuba fikirkan apa yang anda buat jika anda pemilik syarikat keretapi berkenaan. Tentunya kita akan outsource kepada pihak ketiga untuk memenuhkan kerusi yang berbaki. Jika harga tiket RM100 setiap kerusi adakah pihak ketiga akan menjualkannya dengan harga lebih murah?. Tentunya tidak. Jika terlalu murah sudah tentu 180 pelanggan juga akan lari ke pihak ketiga.

Di dalam dunia mobile telco( atau orang panggil celco {cellular company}) pihak ketiga itu adalah MVNO(Mobile Virtual Network Operator). Ada MVNO yang milik MNO tetapi mojoriti adalah pihak ketiga yang membeli 'airtime' secara pukal dari MNO. Contohnya Tune Talk adalah MVNO 35% milik Celcom dan 25% milik Tune Group. Manakala XOX adalah MVNO pihak ketiga yang 'membeli air time" secara wholesale dari Celcom. Bagi menarik pelanggan, setiap MVNO punya strategi pemasaran masing-masing. Jadual di bawah yang dikeluarkan oleh MCMC dapat membantu kita untuk memahami hal ini.


 
Tune Talk ditubuhkan pada 2007 diantara tujuannya adalah meningkatkan revenue Celcom dengan  target pelanggan ‘youths,travelers and foreign workers'. Sebab itu sesiapa yang membeli 'kerusi keretapi' melalui Tune Talk akan mendapat pelindungan insuran kemalangan,diskaun hotel,big points dan sedikit penjimatan. dari segi marketing tidak banyak beza antara celcom dan tune talk. Kedua dua menggunakan keadah marketing konvesional( punya marketing arm sendiri, broadcasting , suratkhabar, billboard ,social media dsb.nya).Mulai 2010 Tune Talk berkerjasama dengan Tone Excel melalukan inovasi yang pertama di Malaysia. Inovasi ini telah melahirkan referral program atau program rujukan. Melalui program ini pelanggan pelanggan yang menyertai Tune Talk Tone Excel atau ringkasnya Tone Excel, diberikan apa yang diberi oleh plan asal tune talk ditambah dengan komisyen serta banyak faedah yang lain sebagai ganjaran marketing yang dibuat oleh pelanggan.Mudahnya pelangganlah yang memasarkan tiket keretapi kepada pelanggan pelanggan yang lain, mereka kemudiannya dibayar. Dari sinilah datangnya prepaid that pays.Sim kad parabayar yang membayar penggunanya.

Anda juga boleh merujuk tulisan saya di bawah bagi memudahkan pemahaman ini.

http://rah2u.blogspot.my/2016/04/prepaid-that-pays-persoalan-lazim-yg.html


No comments:

Post a Comment