Tuesday, 13 September 2016

WHY TONE EXCEL - SIRI EMPAT

Siri lepas saya kongsikan 10 sebab pengguna biasa join Tone Excel.Ulang semula PENGGUNA BIASA SAHAJA. Maknanya mereka pakai sahaja dan tak perkenalkan kepada ahli keluarga. Kali ini saya akan kongsikan pekara pekara yang lebih menarik.Apabila kita memperkenalkan faedah menggunakan simkad Tone Excel, ini bermakna kita berpeluang untuk mendapat pendapatan yang bersifat aktif, pasif dan residual(boleh diwarisi). Jarang ada bisnes jenis ini tambahan pula Tone Excel ini hanya business sampingan sajapun.(note : ramai yang bermula sebagai business sampingan dan berakhir dengan business utama kerana pasif incomenya amat besar)

BERPULUH FAEDAH yang anda dapat apabila memperkenalkan tone excel kepada suadara mara dan sahabat handai diantara :

11. Fast Track Bonus
    Sebaik sahaja seseorang menyertai Tone Excel asbab anda, maka anda akan menerima cash
    RM20. Jika sebulan anda berjaya mendapat 30 pelanggan(1 orang sehari),
    maka 30 X RM20 = RM600 akan dibank in ke akaun anda. Pendapat ini adalah bentuk aktif.


12. Komisyen TopUp
    Pada saya komisyen Topup inilah yang paling bermanafaat kepada pelanggan-pelangan Tone Excel. Sebagai ahli biasa(NM / Normal Member), setiap kali rangkain anda topup, anda boleh mendapat komisyen sehingga 26% dari nilai topup mereka. Mereka boleh topup melalui apa sahaja kaedah dan di mana-mana sahaja. Walaupun anda sedang tidor anda akan mendapat pendapatan pasif ini. Pendapatan pasif yang berulang-ulang ini pula boleh diwariskan. Ini yang saya panggil residual income.

Di bawah ini adalah contoh pengiraan. Anda memakai simkad Tone Excel kemudian memperkenalkan kepada keluarga anda sendiri. Saya suka memberi contoh Topup RM60 kerana dengan Topup RM60 anda dapat:
  - Call kemana-mana rangkaian 300minit(30 hari)
  - DATA 2.5GB(30hari)
  - Perlindungan Takaful PA RM50K
  - Bigpoints 120
  - Komisyen Topup maksima sehingga 26% dan banyak lagi.


Perhatikan walaupun hanya seorang sahaja disetiap level, anda akan dapat komisyen SETIAP bulan RM17.40, Isteri = RM9.60, Anak 1 = RM7.80, Anak2 = RM1.80.  Atau RM36.60 dipulangkan semula ke keluarga anda SETIAP bulan.

Cara Pakai HP Free
Amat mudah untuk memakai HP secara percuma di Tone Excel. Di bawah ini pula bagaimana dengan hanya memperkenalkan 2 orang di level 1 anda, dan setiap orang memperkenalkan kepada 2 orang yang lain, setiap orang berpeluang memakai HP secara percuma.


Perhatikan dengan 2 orang sahaja anda dan keluarga anda boleh menerima komisyen bulanan sebanyak RM83.40 setiap orang. 10 tahun setiap ahli keluarga anda akan mendapat RM10,008.00. Suatu angka permulaan untuk menunaikan fardu haji.Bigpoints pun selepas 10 tahun dah mencapai 120X12X10 = 14,400. Namakan sahaja tempat melancong yang airasia sampai, anda sekeluarga memang mampu melancong percuma. Bestkan. Rata rata semua orang mampu memperkenalkan kepada 2 orang di sepanjang hanyat mereka.

Pilih Gaji Bulanan Anda(Pencen)
Jika duplikasi 2 orang anda sekeluarga mampu pergi haji. Bagaimana pula kalau 3,4,5 dan seterusnya?. Di bawah ini saya kongsikan potensi pendapatan anda dengan angka duplikasi mulai 5 orang level 1.

Perhatikan sekiranya anda berjaya membuat duplikasi 10 orang. Anda pencen dengan RM8K sebulan.

Apabila duplikasi 15 orang, gaji bulanan anda telah menjangkau lima angka RM26K sebulan.


Di dunia ini PM Singapura menerima pendapatan tahunan tertinggi US1.7juta(RM585Ksebulan) yang kedua adalah Presiden US = USD402,062 setahun(RM139K sebulan). Rekod pendapatan tertinggi Tone Excel adalah  RM1JUTA sebulan milik sifu Mazelan Abas. Manakala pendapatan anak muda(26tahun) tertinggi adalah Muhamad Naim iaitu RM150K sebulan .


Perhatikan di Tone Excel ini seolah-olah anda di beri cek bulanan yang telah di tandatangai. Isikan sahaja angka itu mengikut kadar usaha anda.Inshallah.




Banyak lagi faedah menyertai Tone Excel. Bersambung inshaAllah.



Thursday, 8 September 2016

DATA INTERNET DI MOBILE PHONE

Sekarang adalah era DATA internet. SMS semakin dilupakan dan VOICE tidak semeriah dahulu. Ramai yang tidak melihat call rate, sebaliknya tertarik dengan rate DATA yang termurah. Keperluan DATA masa kini bagi seorang pengguna adalah melebihi 100GB sebulan. Keperluan ini dipenuhi melalui sektor fixed line iaitu streamyx dan Unifi kerana DATA adalah unlimited bagi kedua duanya.

Jika berdasarkan kepada ARPU=RM30 dan MOU/SUB=141 minit sektor mobile prepaid saya membuat pengiraan bahawa hanya sekitar 1 hingga 2GB adalah memadai bagi majoriti pengguna mobile prepaid di Malaysia. Tone Excel menawarkan 1GB dan MOU/SUB=137minit pada harga APRU. Suatu yang cukup menjimatkan berbanding pesaing-pesaing terdekatnya.

Saya suka berkongsi beberapa pekara asas pengiraan DATA dan speed bagi mobile phone.
Umun selalu terkeliru diantara byte dengan bit.

Bytes vs Bits.
A bit is a single numeric value, either '1' or '0', that encodes a single unit of digital
information. A byte is a sequence of bits; usually eight bits equal one byte.

1 Byte = 8 Bits
Simbol  B= Byte  ,  b= Bits







Bisakan Yang Betul

Kelajuan muat turun(Download) 10Mbps (Megabit-per-second) adalah:

10 Mbps [Megabit-per-second]
=10000 Kbps [Kilobit-per-second]
=1.25 MB/sec [Megabyte-per-second] {10000Kb/8 = 1.25MB}
=1250 KB/sec [Kilobyte-per-second]

Bergantung kepada perisian yang anda guna, sebagai contoh Internet Download Manager yang menggunakan Megabyte-per-second sebagai unit kelajuan, maka kelajuan 'sebenar' bagi 10Mbps adalah secara purata maksimanya = 1.25 MB/sec.

NOTA:
1.Tone Excel apabila kita topup RM30 ,akan dapat free 1 GB data.  G=Giga , B=Bytes. Ditulis dengan huruf besar. Kalau tulis 1Gb itu makanya 1 Giga Bits so dah kira tak betul.
2.Apabila kita tulis tentang speed kena bezakan B dengan b


Berikut ini saya kongsikan apa yang anda dapat dengan 1GB sebulan.

Penggunaan data (jumlah yang boleh dimuat turun dengan jumlah DATA 1GB):

1. Muat turun halaman web: purata 100KB ( 10000 muka surat)
2. emel anda : purata 100KB setiap e-mel( 1,000,000 basic, 2000 jika bersama lampiran)
3. Mesej Segera: 100KB setiap sessi Instant Messenger(1000 mesej )
4. Muat turun dokumen: 100KB setiap halaman ( 10000 muka surat)
5. Muat turun lagu: 5MB setiap trek muzik ( 200 lagu )
6. Muat turun foto: 2MB per foto (500 foto)
7. Tonton video: 1Mbps  video menonton. ( 2 jam menonton )
Sebuah wayang gambar 1.5 jam yang berkualiti sederhana bersaiz 900MB.
    Namun yang berkualiti tinggi ia boleh mencapai saiz 3GB.

APABILA melihat kepada pekara di atas kita akan faham mengapa kebanyakan pelanggan yang BERTUKAR MEMAKAI sim kad TONE EXCEL akan menikmati penjimatan yang ketara berbanding memakai telco lama.


Jadual di bawah pula adalah hubungkait antara kelajuan dengan tempoh download.





Gambar di bawah adalah speed test yang saya buat ke atas HP sendiri. Test dari rumah saya  menggunakan Sim kad Tone excel. Speed Download=11.77Mbps(1.5MBps) , Upload = 6.86 Mbps.



Manafaat(masa diambil untuk download) dari kelajuan ini:
      1. Membuka satu muka laman web yang bersaiz 2MB=  1.3 saat.
      2. Download sebuah lagu bersaiz 5MB =3.3 saat
      3. Sebuah wayang biasa bersaiz 900MB= 10minit
      4. Sebuah wayang HD bersaiz 3GB = 33minit

NOTA :
Sebuah wayang gambar 1.5 jam yang berkualiti sederhana bersaiz 900MB.
Namun yang berkualiti tinggi ia boleh mencapai saiz 3GB.

Adalah dinasihatkan supaya tidak menonton wayang menggunakan data dari HP anda. Lakukannya semasa ada menggunakan wifi kerana DATA adalah unlimited bagi streamyx dan unifi. 

Saturday, 3 September 2016

Mengapa MNO Perlukan MVNO?

Pada suku pertama 2015 MCMC melaporkan, jumlah pengguna mobile phone adalah sepeti berikut:

  Maxis      ~ 13.26 juta atau 29.9%
  Celcom    ~ 12.38 juta atau 27.6%
  Digi         ~ 11.69 juta atau 26.3%
  Lain2       ~  7.19 juta  atau 16.2%

 TOTAL     ~ 44.42 juta



Adalah jelas tiga pemain utama MNO masing-masing memiliki pelanggan tak sampai 30% dari keseluruhan 44.42 juta keseluruhan pelanggan mobile phone di Malaysia. Adalah suatu yang kita jangka bahawa setiap Mobile Network Operator(MNO) utama akan menyediakan infrastruktur bagi memenuhi market atau keperluan negara. Ini bermakna network yang direkabentuk dan dilaksanakan mampu menampung sekitar 40juta permintaan. Jika kita ambil contoh MNO C dengan pelanggan sekitar 13juta , bermakna mereka punya lebihan kapasiti sekitar 27juta(2/3 masih lagi kosong). Walaupun mereka membuat keuntungan berbillion RM namun kapasiti yang kosong bukan sahaja tidak mendatangkan pulangan bahkan menambah kos operasi. Mereka perlu membayar sewaan core network kepada TM , sewaan infra yang lain termasuk kos elektrik. Masing masing MNO tentunya ingin menjadi juara pelanggan teramai dan keuntungan yang tertinggi. Sang Juara bererti juara kepercayaan pelanggan dan pilihan utama pelabur, tentunya saham BSKL akan mencanak naik.

Bagi memudahkan pemahaman, saya umpamakan setiap MNO seperti syarikat keretapi. Katakan satu trip keretapi mampu membawa 600 penumpang. Rata2 capacity utilization MNO utama adalah 30%. Jadi syarikat induk keretapi hanya mampu menjual 180 kerusi sahaja walaupun marketing ditahap maksima telah dicuba. 420 kerusi masih lagi kosong. Cuba fikirkan apa yang anda buat jika anda pemilik syarikat keretapi berkenaan. Tentunya kita akan outsource kepada pihak ketiga untuk memenuhkan kerusi yang berbaki. Jika harga tiket RM100 setiap kerusi adakah pihak ketiga akan menjualkannya dengan harga lebih murah?. Tentunya tidak. Jika terlalu murah sudah tentu 180 pelanggan juga akan lari ke pihak ketiga.

Di dalam dunia mobile telco( atau orang panggil celco {cellular company}) pihak ketiga itu adalah MVNO(Mobile Virtual Network Operator). Ada MVNO yang milik MNO tetapi mojoriti adalah pihak ketiga yang membeli 'airtime' secara pukal dari MNO. Contohnya Tune Talk adalah MVNO 35% milik Celcom dan 25% milik Tune Group. Manakala XOX adalah MVNO pihak ketiga yang 'membeli air time" secara wholesale dari Celcom. Bagi menarik pelanggan, setiap MVNO punya strategi pemasaran masing-masing. Jadual di bawah yang dikeluarkan oleh MCMC dapat membantu kita untuk memahami hal ini.


 
Tune Talk ditubuhkan pada 2007 diantara tujuannya adalah meningkatkan revenue Celcom dengan  target pelanggan ‘youths,travelers and foreign workers'. Sebab itu sesiapa yang membeli 'kerusi keretapi' melalui Tune Talk akan mendapat pelindungan insuran kemalangan,diskaun hotel,big points dan sedikit penjimatan. dari segi marketing tidak banyak beza antara celcom dan tune talk. Kedua dua menggunakan keadah marketing konvesional( punya marketing arm sendiri, broadcasting , suratkhabar, billboard ,social media dsb.nya).Mulai 2010 Tune Talk berkerjasama dengan Tone Excel melalukan inovasi yang pertama di Malaysia. Inovasi ini telah melahirkan referral program atau program rujukan. Melalui program ini pelanggan pelanggan yang menyertai Tune Talk Tone Excel atau ringkasnya Tone Excel, diberikan apa yang diberi oleh plan asal tune talk ditambah dengan komisyen serta banyak faedah yang lain sebagai ganjaran marketing yang dibuat oleh pelanggan.Mudahnya pelangganlah yang memasarkan tiket keretapi kepada pelanggan pelanggan yang lain, mereka kemudiannya dibayar. Dari sinilah datangnya prepaid that pays.Sim kad parabayar yang membayar penggunanya.

Anda juga boleh merujuk tulisan saya di bawah bagi memudahkan pemahaman ini.

http://rah2u.blogspot.my/2016/04/prepaid-that-pays-persoalan-lazim-yg.html