Di beberapa kesempatan
lalu saya telah membicarakan soal ARPU. Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi
istilah di dalam dunia telco. MOU/sub di dalam unit minit. Ianya adalah
ringkasan kepada 'Minute of Usage'/subscriber atau mudahnya purata tempoh
seorang pengguna membuat panggilan suara(voice call) sebulan.
Setiap Telco atau
khususnya Celco mempunyai niche masing2. Berdasarkan niche inilah mereka
mempromosikan kelebihan masing-masing. Ada yang ber'pandangan' mereka lebih
jimat atau menguntungkan customer dengan jadual rate yg murah berbanding
pesiang atau sim kad mereka mengambil tempoh yang lama untuk expired walaupun
tidak topup bertahun tahun. Ataupun
mereka boleh memberikan komisyen tertentu walaupun anda tidak topup bertahun
tahun. ‘PANDANGAN’ ini kemudiannya dipromosikan supaya ianya menjadi ‘pandangan’
atau persepsi arus pedana. Ada yang berpandangan pelanggan tidak memerlukan
voice call kerana mereka akan menggunakan VOIP(Voice Over Internet Protocol)
untuk membuat panggilan. Contohnya pakai apa-apa application calling android.
Faktanya bagaimana?
Saya kongsikan laporan
sukutahun terkini CELCOM seperti yang diperolehi dari sumber BSKL.
Seperti yang saya tulis dan ramalkan sebelum ini (http://rah2u.blogspot.my/2016/03/arpu-prepaid.html).
ARPU Prepaid celcom telah jatuh dari RM31 pada 4Q15 kepada RM29 pada 1Q16. Atau mudahnya ia menjadi RM30
apabila mengambil nilai celco yang lain. Contonya DIGI menyusut dari RM41 pada
tahun 2014 kepada RM38 pada tahun 2015.
MOU/Sub, segment prepaid bagi Celcom mengalami sedikit
penyusutan dari 151 minit pada 4Q15 kepada 149minit pada 1Q16. Ini bermakna purata 9.235 juta pengguna
prepaid Celcom membuat panggilan 149minit sebulan. Atau 5 minit sehari. Di Malaysia pelanggan-pelanggan
masih menggunakan voice call( coverage 4G LTE belum 100%).
Dari segi fact and figure purata rakyat Malaysia membayar
perhidmatan prepaid Mobile Phone adalah pada RM30 sebulan dan membuat 149 minit sepanjang tempoh 30
hari. Sim kad umur panjang dan nilai topup RM0 untuk mendapat komisyen sebenarnya
tidak memberi banyak makna kepada majority rakyat Malaysia. Maka jika kita
hendak melihat syarikat manakah yang paling memberikan nilai wang kepada majority
rakyat Malaysia yang memakai prepaid(80% pengguna mobile adalah prepaid) maka
ARPU dan MOU/sub adalah kayu ukurnya. Saya
telah membuat kajian namun saya tidak akan kongsikan pengiraannya di sini. (
saya jenis ketam CINA). Namun untuk kesimpulan saya memilih Tune Talk Tone
Excel. Perhatikan dengan Topup RM30(menyamai nilai ARPU) , anda akan bawa
pulang:
1.
Kredit RM30 ( boleh beli voice,data dan sms)
2.
Free DATA selaju 4G LTE sebanyak 1GB valid 30 hari
3.
Free voice call kemana mana rangkaian selama 30
minit
4.
Rebet 3% RM0.90
5.
Peluang komisyen 20%
6.
Big points 70.
7.
Dan banyak lagi
Dengan nilai kredit RM30 , anda boleh membuat voice call
selama 107 minit atau membeli tambahan data sebanyak 800MB. Atau maksimum call dengan TopupRM30 anda boleh bercakap
selama 137minit sebulan( amat menghampiri nilai MOU/sub) sedang 1GB data anda
dapat free. Anda pilih mengikut keperluan anda pada nilai RM30:
A) maksimum DATA 1.8GB sebulan dengan 30 min panggilan sebulan
B) maksimum voice call 137min dengan 1GB data sebulan.
C) atau diantara A) dan B) mengikut kehendak anda.
KESIMPULAN : Pada nilai ARPU dan MOU/sub terkini. Tone Excel diantara yang memberikan
nilai terbaik di pasaran.
No comments:
Post a Comment