DATA Increment
Top up RM30 dapat 1GB free selama 30 hari. Yg kat bawah tu dah 27 hari pakai tak habis2 lagi.
Saya tersenyum sendirian bila terbaca tulisan(baca serangan cybertrooper pesaing)data TTTE ni cepat habis almaklum 1MB Data increment. Kat FB sekarang ramai jadi mufti,doktor, jurutera dll. Semua jadi jadian. Maka keluarlah fatwa hantar perkataan 'ok' kemudian tamat session maka 1MB lesap. Saya malas nak melayan tapi kasihan mereka berterusan membuat dosa. Moga Allah swt mengampunkan kita semua.
Saya lihat TTTE ni businessnya amat telus apa yg dia caj ada pendetailan ,ditulis terang terang dalam web korporat. Telco lain usahkan data increment, call ratepun takat bagi grafik yang mengelirukan. Terkenang hadith nabi saw mengenai tegurannya kpd.peniaga yg meletak buah yg basah di bawah buah yg kering.
Di dalam dunia realiti tak banyak beza data increment 1KB,10KB,... hata 1MB. Kerana ianya ditentukan oleh session. Secara umum suatu session itu ditentukan oleh PDP context. Suatu session itu boleh berlanjutan berhari hari. Oleh kerana ianya terlalu teknikal saya tak berhajat menulis panjang. Cukup dengan saya bagi screen shot di atas.😁
No comments:
Post a Comment