Saturday, 2 April 2016

Pay Per Use (PPU)

Pay Per Use(PPU)


Kebanyakan pelanggan Mobile Telco akan membeli/subscribe DATA Internet(broadband) secara pukal untuk tempoh sebulan 1GB,1.5GB,2GB dan sebagainya . Kadar pukal ini agak murah. Apabila DATA ini habis digunakan, Telco mempunyai pelbagai pilihan diantaranya:
1     1.) Meneruskan perhidmatan internet secara percuma tetapi dengan kelajuan ‘basic internet’. Ianya adalah terlalu perlahan.

       2).Menamatkan terus perhidmatan Broadband internet sehinggalah anda subscribe DATA baru bergantung kepada baki kredit anda.(bagi prepaid user). Tak cukup perlu topup.

       3). Meneruskan perhidmatan Broadband internet anda, tetapi dikenakan caj mengikut rate yang lebih mahal berdasarkan penggunaan sebenar anda.Service ini tamat apabila anda kehabisan kredit(prepaid user) atau anda subsribe DATA yg baru atau anda off DATA HP anda, Service ini dipanggil Pay Per Use(PPU). Namun anda akan diberi peringatan/sms notification apabila penggunaan DATA pukal mencapai 90%. Ini bermakna anda punya pilihan semada meneruskan PPU atau subscribe DATA pukal seterusnya(sekira kredit mencukupi)

PPU mempunyai pro and con( baik dan buruk).


1. Keburukan PPU: Anda mempunyai risiko untuk menggunakan DATA yang mahal.
2. Kebaikan/kelebihan PPU :
2.1    Anda masih dapat menggunakan kemudahan broadband internet tanpa perlu topup di saat saat yang penting.
2.2    Anda membayar DATA mengikut ‘keperluan’ sebenar.(mengapa ada ‘ ‘,saya akan huraikan dibawah)

Kajian kes PPU Tone Excel

Tone Excel mempunyai pelbagai keanjalan dari segi DATA Broadband:


a) DATA rate
Bulanan 1GB – RM38 dan 3GB – RM99
Harian 50MB -  RM1.88/day from 12.00am until 11.59pm

b)DATA OFFER
TOPUP RM30 – free DATA 1GB sebulan
TOPUP RM50 – free DATA 1.5GB sebulan

c)PPU
8sen/MB

Tune Talk Tone Excel berkeupayaan memberikan perhidmatan PPU kepada para pelanggannya. Mengapa saya memilih perkataan berkeupayaan?.Kerana server(billing system) mereka berupaya memberikan perhidmatan ini. Katakan anda adalah pengguna mobile telco yang keperluan telekomunikasi anda sekitar RM30 sebulan. Anda top up RM30 , anda dapat kredit RM30 dan DATA broadband 1GB secara percuma. Ini bermakna anda boleh menggunakan kesemua 1GB data tanpa mengurangkan kredit RM30 tersebut. Apabila DATA ini habis, anda punya 3 pilihan:

1.       Subscribe daily DATA 50MB sehari dengan rate RM1.88 sehari dari 12.00 tengah malam hingga 11.59 pagi. Sekiranya anda tidak membuat call atau sms baki kredit anda adalah RM30. Maka anda boleh mendapatkan 50MB DATA selama 15 hari ( RM30/RM1.88). 
2.       Atau anda boleh terus menyambung perhidmatan data melalui PPU. 8sen/MB.
3.       Topup baru utk subscribe DATA pukal yang baru.

Sekiranya anda tidak perlukan PPU,anda mempunyai pilihan,sebaik sahaja menerima notification penggunaan 90%, subscribe terus daily DATA atau matikan sahaja DATA di HP anda. Ataupun anda boleh set di HP anda untuk memberi amaran bila DATA anda menghampiri penggunaan 1GB. Jadi notification ada 2. Satu SMS dari telco dan satu lagi HP anda sendiri.

Sedikit masa lagi apabila infra convergence(boleh rujuk tulisan saya yg berkaitan) dilaksanakan sepenuhnya. Anda akan menggunakan DATA Unlimited dari streamyx ataupun unifi di mana saja anda berada. Katakan terdapat masalah pada akaun streamyx atau unifi anda jadi anda perlukan DATA segera dari mobile. Mungkin anda perlukan sekitar 10MB seketika, pada masa inilah PPU adalah paling jimat dan praktikal. 10MB pada rate PPU hanya RM1 sahaja berbanding dengan anda subscribe DATA pukal.

Anak saya pernah ‘diselamatkan’ oleh PPU Tone Excel. DATA 1GB nya habis sedangkan beliau perlukan DATA bagi menyiapkan assignment yang perlu dihantar segera.Masa berbaki tinggal beberapa minit, nak topup tak sempat jadi pilihan PPU yang ditawarkan oleh Tone Excel amat bermakna pada ketika itu.

Di negara negara maju PPU ini telah lama dilaksanakan. Barangkali mereka lebih educated, untuk tidak melihat PPU ini sebagai 'jembalang' yang menakutkan.

   
Sehingga kini telah 8 bulan saya menggunakan Tone Excel, Alhamdulillah tak pernah pun PPU ‘makan’ kredit saya.

No comments:

Post a Comment