Memahami Lanskap Industri Mobile Telco
Semasa kita melangkah ke era melinium, kebimbangan kesan Y2K
menjadi pekara yang meresahkan. Tahun 2000 juga menyaksikan bilangan pelanggan yang
menggunakan prepaid hampir sama dengan pelanggan yang menggunakan postpaid.
Lima tahun selepas itu bilangan pelanggan prepaid jauh meninggalkan postpaid. 2004 terdapat 14.5 juta pelanggan mobile, 80%
darinya adalah prepaid.
Menjadi mobile telco nombor satu adalah idaman semua MNO.
Nombor satu bermakna keyakinan pelanggan terhadap mereka adalah tinggi. Nilai
saham di BSKL amat berkait rapat dengan kedudukan juara ini. Hanya pemilik
market share tertinggi dinobatkan menjadi juara. Ketika dimana prepaid menguasai 80% pasaran,
sumber pendapatan utama Celcom adalah
dari sumber postpaid. Jadi kita faham mengapa celcom tidak berada di tangga
teratas sejak sekian lama. Jadual di bawah merekodkan dari tahun 2005 sehingga
2012 juara MNO Malaysia adalah Maxis. Keadaan berubah mulai 2013 apabila Celcom
muncul juara . Kita boleh nampak kehadiran MVNO mulai memberikan kesan kepada landskap MNO pada 2012.
Celcom tidak berada ditangga teratas ketika mereka kurang
memberikan perhatian kepada segmen prepaid, namun untuk menembusi pasaran
prepaid yang telah dikuasai oleh pesaing, bukanlah suatu tugas yang mudah.
Pengwujudan MVNO yang menjadi trend global ketika itu telah dimanafatkan oleh
celcom. Terbukti strategi ini Berjaya. Sehingga sekarang NMO yang memiliki MVNO terbanyak dan terbesar
adalah Celcom.
Kelahiran Tune Talk sebagai MVNO milik celcom(35% peganggan)
seawal dec 2007 yang kemudiannya dikuatkan lagi dengan referral program yang
dibuatnya bersama Tone Group telah menjadi factor utama kejayaan Celcom
dinobatkan sebagai juara mulai 2013. Melalui Tone Excel sahaja sekitar 1juta
pelanggan telah berjaya di daftarkan pada tahun 2015.
Sehingga 2014 berdasarkan rekod MCMC Celcom adalah peneraju
utama kewujudan MVNO
Buat masa ini, saya melihat formula penting untuk menjadi
juara MNO, mereka mesti menguasai pasaran prepaid kerana trend 80% pengguna
mobile adalah prepaid. Fakta 80% ini masih berterusan dari tahun 2004 hingga
sekarang(2015). Kebanyakan MVNO adalah prepaid. Jadi di dalam suasana persaingan yang amat
sengit ini , MNO akan jadi juara jika mereka menguasai MVNO.
Saya seolah olah menyebelahi Celcom, mengapa?. Kerana mereka
adalah GLC yang di dalamnya banyak dana yang berkaitan dengan kepentingan orang
awam. Namakan saja beberapa, KWSP,tabung-tabung pencen,TH dan sebagainya. Celcom berada di
dalam AXIATA.
No comments:
Post a Comment