Perniagaan adalah aktiviti yg mulia. Planet bumi ini barangkali tidak boleh dimakmurkan tanpa amal yg namanya berjual beli. Kena cara berniaga maka tersedia pahala yg banyak. Sipeniaga yg amanah dan jujur punya tempat/maqam yg tertentu diakhirat. Berniaga adalah perkejaan yang terpuji.
“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-Termizi, bertaraf ‘hasan’).
Maqam yang tinggi sesuai dengan ujian kepayahan di dalam bidang ini. Produk kita kadang dan baik tetapi cara kita berniaga yang bermasalah.
Spt yg kita sedia maklum AsSyahid Imam Hassan Albana amat menggalakkan kita berdikari dari segi financial(tak makan gaji) supaya kita merdeka utk melaksanakan perjuangan di dlm kehidupan ini.
Saya pernah mendengar kisah seorang raja menyamar sebagai peminta sedekah kerana bertujuan mendidik dirinya dari penyakit ego. Ada orang mengatakan pandangan umum masyarakat sekarang melihat aktiviti perniagaan adalah sesuatu yang memalukan. Sejauh mana kebenarannya saya tak pasti. Namun kekadang ada juga kebenarannya, orang kurang malu untuk berhutang berbanding dengan berniaga. Buktinya orang tidak merasa apa-apa untuk update status FB, memperlihatkan kereta,rumah dan pelbagai barangan yg didapati dari berhutang berbanding dengan rasa tebal muka jika status FBnya berkenaan dengan perniagaan yg beliau sedang usahakan.
Kalangan pelajar tidak merasa apa-apa berhutang PTPTN berbanding dengan jika orang menulis status perniagaan di FBnya.
Ramai juga dikalangan sahabat nabi saw adalah hartawan dan dermawan. Abu Bakar ra menginfakkan seluruh hartanya kpd Islam. Umar ra separuh. Othman ra memang kaya dan dermawan. Wakafnya sampai kehari ini telah diinsitiusikan. Mereka juga adalah businessman. Sayang hari ini ramai di kalangan kita merasa jatuh harga diri jika berniaga.
Saya ada sebut kat anak2 muda. Ramai org makkah dan madinah berniaga sekali setahun pada musim haji. Tapi income boleh tampung 11 bulan yg lain. Kaum Quraisy dulupun berkafilah dagang 2 kali setahun. Musim sejuk ke Yaman dan musim panas ke Syam. Ini macam passive income jugalah. Anda berniaga sebulan, sebelas bulan lagi anda buat apa yg anda patut buat. Tone excel menyediakan peluang ini.
Jadi mengapa anda harus malu berniaga. Jika ego yg menghalang maka sucikanlah. Kerana ego bukan pakaian makhluk.
Namun beringat ingatlah firman Allah swt:
﴿رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ﴾
“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) mendirikan solat, dan (daripada) membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (QS. An Nur: 37)
﴿رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ﴾
“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan (daripada) mendirikan solat, dan (daripada) membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (QS. An Nur: 37)
No comments:
Post a Comment