Thursday, 10 March 2016

SEJARAH MVNO - DUNIA LUAR

SEJARAH MVNO : Siri 1(UK)
VIRGIN MOBILE UK. Adalah MVNO yang pertama di dunia. Berkerjasama dengan T-Mobile Network. Mereka mempunyai pengaruh dan pasaran yang luas dikalangan generasi muda. Pada tahun 2000 VIRGIN menyumbangkan 13.7% pelanggan kepada T Mobile. Kemudian meningkat menjadi 33.4% pada tahun 2001. Pada 2003 menjadi 51.2%. Target market mereka adalah remaja dan belia dengan memberikan perhidmatan tidak pernah wujud sebelumnya. Di kelasifikasi sebagai MVNO Diskaun



SEJARAH MVNO - SIRI 2(Us)

Di US pula dengan nama yg sama dan target market yg sama , VIRGIN MOBILE US adalah MVNO yg paling berpengaruh di US. Telah mencapai 1juta pelanggan selepas 16 bulan berada di pasaran. Kemudian mencapai 5.1 juta pelanggan dalam tempoh 5 tahun. Disamping prepaid mobile mereka diantara yg pertama menawarkan Pay As You Go(Di US ia dilihat sebagai kelebihan, tapi di Malaysia ada golongan minoriti cuba mengarus pedanakan perhidmatan ini sebagai kelemahan bukan kekuatan, he he he baca kisah musang dgn buah masam). Menawarkan musik , ringtone dan handset yang menarik minat generasi muda. Ia masih bertahan hingga sekarang. Diantara yg menawarkan referral program(anda dibayar dgn DATA yg berharga $25 jika membawa pelanggan baru). Masih dikategorikan sebagai MVNO Diskaun


Sejarah MVNO -Siri 3(LifeStyle)
Dua siri terdahulu adalah MVNO kategori diskaun. Kali ini saya kongsikan kategori MVNO berasaskan suku kaum dan lifestyle. Movida adalah MVNO yg mensasarkan komuniti yg bertutur bahasa Sepanyol di US. Jadi perhidmatan mereka berasaskan bahasa dan budaya Spanish. Ditubuhkan 2005 tetapi telah menamatkan perhidmatannya beberapa tahun kemudian.
Begitu juga Disney Mobile adalah MVNO di dalam kategori Lifestyle MVNO. Mensasar pelanggan yg berkeluarga dan mempunyai anak yg masih kecil. Perhidmatan yg berkaitan entertainment berasaskan Disney. Bahkan ibubapa dapat mengesan kedudukan lokasi anak2 mereka. Ditubuhkan 2006 sebelum menamatkan perhidmatannya.
Di Malaysia juga pernah terjadi MVNO yg berasaskan lifestyle ditamatkan perhidmatannya iaitu Salamfone. MVNO pertama dalam sejarah negara ditamatkan perhidmatannya. Matlamat utama mereka adalah meraih pelanggan dari komuniti muslim di Malaysia dengan selogan Syariah Compliance Telco. InshaAllah saya akan sentuh dalam siri yg lain. Sekali imbas MVNO yg berasaskan lifestyle atau ethnic kelihatannya tidak mampu bersaingan di pasaran dunia mahupun tanahair.

No comments:

Post a Comment