Sunday, 13 March 2016

BICARA MVNO - TAHNIAH XOX

BICARA MVNO – TAHNIAH XOX DAN ONEXOX


Pada bicara yang lalu saya telah mencoretkan persaingan sengit antara 3 MNO(MOBILE Network Operator) Utama di Malaysia. Persaingan sihat ini telah melahirkan pelbagai MVNO. Bagi menarik generasi berketurunan Cina maka XOX Berhad telah lahir pada 2005. Sedikit sebanyak strategi ini telah membantu Celcom untuk menjadi peneraju utama MNO. XOX adalah MVNO Celcom melalui konsep ‘wholesale’ . Atau bahasa mudahnya mereka membeli airtime celcom secara borong kemudian menjualnya semula setelah ditambah nilai. Jadi antara Celcom dan XOX sebenarnya adalah 2 syarikat yang berbeza. Kedua dua listed di BSKL.

Sesuai dengan strategi market mereka untuk keturunan Tiong Hua maka pemilik dan pemain utama syarikat ini adalah berketurunan Cina. Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh MCMC pada tahun 2014, En.Ng Kok Heng adalah pemilik terbesar XOX di atas nama individu.


Namun sejak kebelakang ini perniagaan XOX dan kumpulannya tidak begitu memberansangkan, ini jelas apabila dirujuk kepada laporan tahunan 2014 syarikat itu seperti yang diterbitkan oleh MCMC. Mereka mengistiharkan untuk tidak memberi dividen kepada pemegang pemegang saham.


Pada tahun yang sama(2014) lahirlah sebuah lagi MVNO iaitu ONEXOX. Ia adalah sebuah syarikat bumiputera namun anak syarikat kepada XOX. Misi perniagaannya adalah patuh syariah,penjimatan dan perniagaan.


Secara umumnya ONEXOX tertubuh hasil dari kejatuhan Salamfone. Punca  MVNO kepada Maxis ini ditamatkan perhidmatan adalah kerana tidak mencapai matlamat/kpi secara berterusan. Salamfone dari sudut falsafahnya penubuhan adalah syariah compliance walaupun MVNO kepada Maxis yang pemegang modal utamanya adalah non muslim. Ia memang Berjaya menarik pelanggan-pelanggan muslim kepada menguntungkan Maxis apabila sekitar 45K penggunanya adalah majoriti Muslim. Namun angka itu telalu kecil untuk memberikan pulangan yang berbaloi. Sumber yang berautoriti mengenai pekara ini boleh dirujuk melalui laporan khas MCMC.

Anda juga boleh merujuk catatan2 En.Bobie Farid Shamsudin di dalam laman sesawang mahupun FB beliau. Bobie juga memperkenalkan diri sebagai Arie Sham di dalam FBnya. Saya bersimpati dengan beliau dan sahabat-sahabatnya. Namun pembaca boleh menilai sendiri diantara persepsi penulis dan reality sebenar. Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang peristiwa ini. Beliaupun telah meminta maaf kepada pihak-pihak yang diserangnya melalui tulisan beliau dan kumpulannya. Kumpulan ini diantaranya menjadi factor tertubuhnya ONEXOX. En.Arie Sham kemudian dilantik sebagai CEO ONEXOX.


Seperti Maxis melalui kempen syariah compliance Salamfone bagi menarik pelanggan muslim, XOX yang dilahirkan untuk menarik pelanggan Cina berpeluang melalui anak syarikatnya ONEXOX merebut pelanggan-pelanggan Muslim. Peranan ONEXOX sedikit sebanyak telah berjaya menaikkan perniagaan XOX dari terus dilanda gerhana.

 
“ONEXOX so far dah jana jualan lebih 70 juta ringgit didalam 1 tahun 8 bulan beroperasi . Dan jumlah jualan ini hanya kepada jualan TOP UP sahaja.
Untuk pengetahuan umum . XOX BERHAD ialah sebuah syarikat yg diapungkan dipasaran saham dan kedudukan syarikat kini semakin teguh dgn jualan dan penambahan bilangan pelanggan yg ketara selepas ONEXOX di pasarkan .
Insyallah saya akan jaga sebaik mungkin”
-        Arie Sham FB 19 Aug 2015

Seperti yang ditulis oleh Arie Sham saham XOX mula menunjukan tanda kebangkitannya dengan kemajuan ONEXOX


Kegembiraan pulihnya XOX di sebut sebut



Saya bergembira dengan perkembangan ini. Tanpa mengira bangsa dan agama berniaga bersama-sama. Untung bersama. Sama sama membina Negara.

Peringatan : tulisan ini tidak dibenarkan disebarkan kemana-mana. Ia hanya untuk catatan peribadi penulis.

No comments:

Post a Comment