SEJARAH MVNO - Siri 4(Salamfone)
Kali
ini saya kongsikan kisah pemberhentian sebuah MVNO yg berasaskan 'lifestyle' di
Malaysia. Salamfone adalah MVNO kepada Maxis, yang menjadikan syariah
compliance sebagai strategi pemasarannya untuk menarik pengguna-pengguna
Muslim. Benarkan mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan kepatuhan syariah itu
adalah isu lain dan saya tidak berhajat mengulasnya di sini. Di bawah ini saya
kongsikan tulisan resmi yg diambil dari laporan MCMC.
Syarikat
MVNO Salamfone menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan prinsip Syariah.
Ianya merupakan pemegang lesen ASP(C). Salamfone memeterai perjanjian untuk
akses kepada Rangkaian Akses Radio (RAN) dengan Maxis Broadband Sdn Bhd untuk
tempoh tiga tahun dan kemudian melancarkan perkhidmatan MVNO pada tahun 2011.
Pihak-pihak berkepentingan Salamfone Salamfone mempunyai Mobile Virtual Network
Enabler (MVNE) bagi perkhidmatan seperti peruntukan pentadbiran dan bil yang
dikendalikan oleh Baraka Telecom Sdn. Bhd. Salamfone dan Baraka merupakan
syarikat di bawah Reach Sdn. Bhd. Pada 27 Julai 2013, perkhidmatan Salamfone
telah ditamatkan oleh Maxis Broadband apabila Salamfone gagal memenuhi
terma-terma perjanjian yang telah ditandatangani yang merangkumi sasaran jualan
yang telah ditetapkan dan bayaran penggunaan perkhidmatan kepada Maxis.
Kesannya,
kira-kira 45,000 pelanggan Salamfone mengalami gangguan perkhidmatan termasuk
kesukaran dalam membuat dan menerima panggilan, SMS dan kesukaran untuk
mengakses perkhidmatan Internet. Sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada
pelanggan-pelanggan ini, Salamfone mengeluarkan kenyataan menasihati mereka
untuk bertukar kepada pemberi perkhidmatan yang lain melalui Mobile Number
Portability (MNP) atau mendapatkan kad SIM yang baharu. Salamfone turut
menasihatkan pelanggan supaya membuat tuntutan ke atas kredit yang tidak digunakan
sebagai pampasan. Tambahan lagi, Maxis turut menawarkan pelanggan Salamfone
yang terjejas akibat penamatan perkhidmatan pek SIM Hotlink secara percuma.
Masalah berbangkit yang timbul daripada situasi ini menunjukkan terdapat banyak
aduan daripada pelanggan Salamfone yang mereka tidak dapat beralih keluar
daripada rangkaian Salamfone dan telah dibebani dengan kredit yang tidak
digunakan. Situasi di luar jangkaan ini tidak pernah diambil kira dalam terma
dan perjanjian di antara MVNO (Salamfone) dan MNO (Maxis). Ini termasuklah
tiadanya pelan migrasi pelanggan yang terang dan jelas sekiranya berlaku
penamatan atau penggantungan perkhidmatan. MCMC melihat isu ini sebagai isu
yang serius dan telah campurtangan melalui pelbagai cara bagi menangani masalah
tersebut seperti mengarahkan pengedar Salamfone untuk berhenti daripada terus
menjual kad SIM dan kad tambah nilai.
(rujukan MCMC IPR2013 m/s 71)
Sedikit
Pengajaran:
1. Sejarah telah menunjukkan MVNO yg berasaskan kepada lifestyle mahupun ethnic banyak menemui kegagalan.(rujuk siri 3 tulisan saya)
2. Penamatan salamfone berpunca dari kegagalan perniagaan bukan isu agama dan perkauman yang sempit. Tidak juga isu kapitalis. Dimana mana telco di negara kita berkaitan dengan golongan pemodal tiada yang berkecuali.
3. Kemanakah pelanggan pelanggan salafone membawa diri?. Buat masa ini saya tidak sampai hati menulisnya kerana dibimbangi melukakan hati rakan-rakan diluar sana. Seperti politik, sesetengah golongan yg berniaga menjadikan retorik tertentu bagi melariskan barang dagangannya. Retorik tidak mampu bertahan lama. Ia seperti buih banjir, hanyut dan dilupakan yg tinggal hanyalah barang yang bermanafaat

No comments:
Post a Comment